KEGUNAAN


1.      Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

2.   Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain.


3.    Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun.

4.    Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan perisian.

5.  Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).

No comments:

Post a Comment